Pada 15hb Julai 2012 jam 9 pagi, Trainer MindFocus, Shukry a.k.a Immortal telah dijemput sebagai penilai kepada 11 orang pesilat dari Gelanggang Seni Warisan Kota Damansara untuk ujian Selempang Wira Muda.
pesilat-pesilat ini adalah dari Kelab Sukan Silat Seni Warisan yang dikendalikan oleh Akademi Pencak Silat Nusantara yang baru diluluskan penubuhannya dibawah Pesuruhjaya Sukan KBS pada 5 Julai 2012..
mereka juga merupakan kumpulan pertama yang melalui ujian Selempang Peringkat Rendah ini..
di akhir ujian, mereka diberikan sedikit aktiviti motivasi melalui gerakkerja berkumpulan yang diharapkan dapat membantu mereka dalam membentuk keperibadian dan kekuatan diri serta semangat berpasukan.. aktiviti ini dikendalikan sendiri oleh Trainer MindFocus.
Ini adalah antara aktiviti kemasyarakatan yang di sertai oleh MindFocus dalam membantu membentuk masyarakat yang lebih baik lagi..