MURAD BIN JAILANI merupakan Associate Trainer di MindFocus Resources. Seorang graduan Sarjana Muda Sosiologi & Antropologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau yang menceburi bidang latihan sebagai trainer sejak 1995 lagi merupakan seorang trainer yang sangat berpengalaman. Bagi beliau dunia latihan ini sudah menjadi sebahagian dari hidup dan jiwanya. Beliau merupakan seorang yang mudah mesra dengan orang lain, sangat mudah didekati dan percaya bahawa penerapan unsur kelakar dan seronok di dalam latihan akan menggalakkan lagi manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Berikut adalah pengalaman beliau:
- EXCEL TRAINING (M) SDN BHD -Merupakan seorang trainer bagi Excel Training (M) Sdn Bhd dan telah bersama-sama Y. Bhg. Dato’ Fadzilah Kamsah selama 7 tahun.
- SHELL (M) BHD -Merupakan pemegang watak utama di dalam program latihan Top Tier Site Management Project bagi Shell (M) Bhd.
- BENGKEL PENINGKATAN KENDIRI (SHELL RETAIL ACADEMY) -Di dalam bengkel-bengkel Peningkatan Kendiri yang telah diadakan, beliau bertanggungjawab dalam membina semangat berpasukan dan kepimpinan, sikap, karekter serta motivasi untuk mencapai matlamat di kalangan peserta.
- PROGRAM LATIHAN SEKOLAH PELENGKAP UKM -Bertanggungjawab mengajar kemahiran mendapatkan pekerjaan seperti Jati diri, Penjenamaan Diri, dan kemahiran teknikal lein seperti komunikasi, teknik temuduga, menulis resume dan persedian kerja bagi graduan-graduan baru UKM.
- BIRO TATANEGARA -Aktif dalam latihan-latihan yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara, beliau menerapkan kesedaran dalam diri peserta tentang kenegaraan dan sifat patriotik yang terdiri dari penjawat awam, ajensi kerajaan, GLC, NGO, mahasiswa IPTA & IPTS serta pelajar sekolah.
- Lain-lain pihak yang mendapat faedah dari penyertaan beliau adalah seperti Petronas, MBSB, dan Majlis Sukan Negara.