Assalamulaikum,
Saya telah mendapat beberapa email meminta saya berkongsi tips-tips pengucapan awam yang baik..
Alhamdulillah, saban hari saya melihat ramai yang sudah sedar akan kepentingan kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai dengan baik.
Tiada tips yang istimewa yang saya amalkan, hanya amalan-amalan biasa yang saya rasa sesuai untuk saya dan saya harap serba sedikit dapat membantu anda menjadi speaker dan pembentang yang baik.
1. FAHAM - Fahami sedalam-dalamnya tajuk yang akan anda bentangkan. bukan sekadar membaca mengenainya tetapi anda perlu untuk melihat gambaran secara luas mengenainya. ketahui perkara yang berkaitan dengan tajuk anda walaupun anda tidak akan gunakan dalam pembentangan anda nanti.
ingat " Your Level Of Understanding Identify Your Success"
2. HAYATI - Penghayatan itu penting bagi seorang speaker. Jika speaker tidak menghayati apa yang dia bentangkan, para pendengar juga tidak akan dapat apa yang dicuba disampaikan. ingat, pengucapan awam adalah interaksi manusia. bukan seperti menonton televisyen.
ingat "If You Put Your Heart Into Things You Do, It Will Show"
3. SUSUN - Pengucapan awam yang baik adalah seperti bercerita, ia perlu ada pemulaan, isi, contoh dan penutup yang baik. jadi adalah satu langkah yang bijak untuk merancang dan menyusun apa yang akan anda ucapkan dalam pembentangan anda nanti.
ingat "Fail To Plan Is Planning To Fail"
4. LATIH - Tiada siapa yang lahir sebagai Speaker yang hebat. Semuanya perlu melalui proses pembelajaran samada formal atau tidak formal. Berlatih berulang-ulang kali dihadapan cermin adalah satu cara yang baik untuk berlatih dan saya mengamalkannya hingga hari ini. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Kejayaan adalah hasil dari usaha keras dan kegagalan.
ingat "Practice Makes Perfect"
5. FEEDBACK - Mendapat maklumbalas dari orang lain adalah sesuatu yang penting dalam menjadi seorang speaker yang baik. dapatkan maklumbalas mengenai prestasi anda ketika latihan dan ketika menyampaikan pembentangan. Bersifat terbuka ketika mendengar pandangan dari orang yang kita tanya, tak perlu untuk menjawab kerana kita mahukan pandangan mereka bukan mempertahankan diri dari dikecam. jangan lupa yang mereka memberikan pandangan yang jujur kerana mereka ambil berat dan mahukan kita berjaya.
ingat " People Stop Talking When They Stop Caring"
disini ada juga beberapa laman web yang saya rujuk untuk memantapkan lagi skill pengucapan awam saya. selamat berjaya.
MindTool: Better Public Speaking
Effective Public Speaking Skill
Mohd Shukry Bin Roslan
Penulis adalah MasterTrainer/Training Consultant bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia & Pelajar diseluruh negara.