FOLLOW MINDFOCUS ON FACEBOOK!!

ANNOUNCEMENT!!!

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Artikel: JOB HUNTING TIPS





Hujung tahun sudah menjengah kita. Pengakhiran tahun bermaksud pengakhiran semester bagi kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi dan bermakna berakhirnya pengajian bagi sesetengah pelajar. maka bermulalah satu lagi episod dalam kehidupan seorang manusia iaitu fasa mencari pekerjaan..

Dianggarkan kira-kira 160 ribu orang akan menamatkan pengajian mereka setiap tahun bukan saja dari Aliran akademik malah kini saingan menjadi sengit dgn adanya mereka dari Aliran Kemahiran. itu belum dikira saingan dari mereka yang sudah ada pengalaman kerja dan mahu berubah angin ke syarikat lain. Para majikan kini mempunyai pilihan yang banyak dan peluang graduan2 muda ini semakin tipis.


lambakan graduan menganggur menjadi mimpi ngeri kepada mereka yg mencari kerja diluar sana. dan terciptalah pelbagai mitos tentang alam pekerjaan dan ramai yg mengambil jalan mudah menuding jari kepada kerajaan kononnya kekurangan peluang pekerjaan..

benarkah begitu?? adakah sektor pekerjaan sudah tepu dan tak mampu menampung lambakan pencari pekerjaan diluar sana???

saya sering ditanyakan soalan ini bila membentangkan tentang Program Transformasi Ekonomi yg merangkumi 12 bidang keberhasilan..

saya rasionalkan dgn mudah.. 

dalam 20 rakan kita yg mencari kerja, sudah pasti ada seorang yg sangat mudah mendapat pekerjaan.. tiap kali temuduga org ini akan berpeluang tinggi.. malah rakan kita yg seorang ni boleh bertukar dari satu syarikat ke satu syarikat yg lain kerana sering berjaya dlm temuduga.. kenapa?? 


jika benar peluang pekerjaan dlm negara kita sudah tepu.. kenapa saban hari kita mendapat email dari Jobstreet mengenai peluang-peluang pekerjaan yg sesuai dgn kelulusan kita??


Pada saya, semuanya bergantung kepada individu itu sndr..

untuk bersaing dgn ratus ribuan yang lain seseorang itu perlu menjadi lebih baik dan berusaha lebih gigih..
sesorang itu perlu menjadi entiti yang diperlukan dalam industri. anda perlu membuat persediaan dan pengorbanan.

Jadi saya berikan beberapa tips berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya:


1. Keterampilan Diri

keterampilan tak bermaksud perlu memakai pakaian yg mahal tapi lebih kepada memakai pakaian yg sesuai. seringkali saya lihat calon2 datang dgn pakaian tidak sesuai. calon lelaki akan datang berpakaian baju kotak2 lengan pendek dan bertali leher. melaburlah pada baju lengan panjang dan seluar slack yg sesuai. jgn nampak seperti baju yang dipinjam. bakal majikan mahu lihat keseriusan anda utk bekerja. tunjukkan itu kepada mereka.

2. Adaptasi Ilmu Ke Dlm Industri.

majikan ada satu persepsi terhadap graduan muda. mereka belajar untuk lulus peperiksaan.. jadi mereka akan jadi tertarik pada calon yang tahu menggunakan pengetahuan ada ke syarikat mereka. malah mereka akan berasa lebih mudah mengambil orang yg perlukan tunjuk ajar minimum. 

3. Perwatakan Yang Menarik

perwatakan diri adalah elemen yg kritikal sekali.. majikan akan menilai adakah mereka boleh bekerja dgn calon di hadapan mereka ini. adakah perwatakannya akan membawa aura positif bila berinteraksi dgn sesama rakan sekerja. adakah calon ni mampu menerima tunjuk ajar dgn baik..adakah calon ini akan menyusahkan mereka dikemudian hari.. 

Sebagai mereka yang mahu mencari pekerjaan, perkara pertama yang perlu dilihat adalah diri sendiri dan membuat perubahan..


"Orang Yg Berjaya Sentiasa Berubah Mengikut Dunia.. 
Orang Yg Gagal Sentiasa Mahu Dunia Berubah Mengikut Mereka.."

**mungkin anda boleh dapatkan tips2 lain atau anda merasakan ada lagi perkara lain yg saya tak sentuh. jangan teragak2 untuk berkongsi.. 

Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources. Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004. Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia & Pelajar diseluruh negara.
http://www.mindfocusmalaysia.my/

Thursday, November 14, 2013

Artikel: Gajet, Alasan, Sikap dan Diri Kita..




Hari ini kita tak boleh menafikan gajet itu adalah sebahagian dari kehidupan seharian kita..

Gajet-gajet elektronik seperti telefon pintar, tablet dan laptop kini bukan hanya ditangan orang dewasa malah ditangan anak-anak kecil juga..

Dikatakan juga kepentingan gajet-gajet ini juga tak boleh dipandang enteng kerana jika kita ketinggalan dalam dunia dimana maklumat dihujung jari maka kita takkan mampu bersaing..

Tapi soalnya, Benarkah dakwaan itu??

berapa ramai diantara kita yang menggunakan teknologi yang ada untuk kemajuan diri?? Atau ramai yang terlalu terkongkong dlm dunia sendiri hingga ketinggalan dari keperluan dunia sebenar??

Tahukah kita, tiada siapa yang mampu mengawal diri kita selain diri kita sendiri??

Bukankah tanpa gajet kita mampu juga memikirkan penyelesaian untuk tugasan yang diberikan??

Kita boleh memikirkan alternatif untuk memastikan tugasan dapat dilaksanakan..

Yang pentingnya adalah SIKAP kita terhadap sesuatu itu..

Gajet atau tanpa gajet adalah sekadar perkakasan yang kita tentukan dimanakah kegunaannya..

Kita boleh memilih untuk menggunakan gajet-gajet untuk membantu kita atau kita boleh memilih untuk membiarkan diri terleka dgn gajet yg kita miliki..

Dgn sikap yg sesuai kita mampu menggunakan apa saja untuk membantu kita menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah itu satu peluang kepada kita..
manakala tanpa sikap yg betul, kita sudah tentu tak akan berjaya menyelesaikan masalah yg mudah sekalipun..
Dan akhirnya kita akan memberi alasan dan menunding jari..

Seorang guru saya pernah berkata,

"jika kita memberi ALASAN, kita akan dpt ALASAN.. Tapi kalau kita memberikan TINDAKAN, kita akan dapat KEPUTUSAN"



Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

Thursday, November 7, 2013

Artikel: Maaf Tanda Lemah??



kita sering di omong-omongkan yang meminta maaf dilihat sebagai tanda kelemahan.. 

orang yang meminta maaf adalah orang yang lemah, justeru itu orang yg hebat dikatakan tidak perlu meminta maaf..

dalam drama bersiri NCIS, Agen Gibbs sering mengingatkan kepada anak buahnya supaya tidak meminta maaf kerana meminta maaf akan menunjukkan kelemahan mereka..

Benarkah begitu??

jika benar begitu, maknanya kita tak perlu meminta maaf jika kita bersalah?? 

pada saya itu hanyalah alasan mereka yang terlalu merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain.. 

dalam perhubungan manusia, komunikasi yang baik dan jelas adalah keutamaan kepada kejayaan.. 

emosi adalah salah satu kunci dalam memastikan komunikasi itu sentiasa pada keadaan yg baik..

jadi jika kita merasakan keperluan untuk meminta maaf demi memastikan kejayaan, tidak ada salahnya kita meminta maaf..

meminta maaf juga membina imej yang baik kepada orang disekeliling.. ini akan memberi tanggapan positif terhadap diri kita.. 

meminta maaf tidak akan menjadikan kita kelihatan lemah ataupun menjadi lemah. Seorang yang hebat adalah orang yang mampu buat perkara yg ramai tak mampu buat dan tak ramai yang mampu merendahkan ego diri dan meminta maaf.. 

pepatah melayu ada menyebut, 
"ular yg menyusur akar tak akan hilang bisanya"


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

Wednesday, October 30, 2013

MELAKSANAKAN PERANCANGAN: KENAPA SERING TERBENGKALAI?




Kita tak dapat menjangkakan masa depan..

Tapi kita boleh merancang.. 

Dan biasanya bila kita merancang, rancangan itu tak terlaksana..

Kenapa?? 

Pengamatan saya menunjukkan 2 perkara utama yang menyebabkan perancangan itu tak terlaksana..

1. Tidak meletakkan kepentingan tinggi akan perkara tersebut.

2. Selesa dalam keadaan sekarang.. 

Tapi apabila 2 perkara diatas tidak lagi kita rasai, kita akan teringat peluang-peluang yang kita lepaskan untuk melaksanakan perancangan yg kita buat dahulu.. 

Maka jadilah keadaan dimana kita akan berkata pada diri sndr, 
"kalaulah aku buat lebih awal lagi.."

Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

Wednesday, October 23, 2013

RENDAH DIRI vs RENDAH HATI





Kita sering diminta untuk merendah diri.. Kita di didik supaya merendah diri.. Merendah diri dikatakan sesuatu yg baik untuk kita..

Tahukah anda merendah diri itu bukan sesuatu yang baik..???

Merendah diri membuatkan kita berasa org lain adalah lebih hebat dari kita.. 

Merendah diri menjadi alasan apabila kita tidak yakin mengenai sesuatu.. 

Merendah diri buatkan kita selesa bila tak menyerlah berbanding orang lain.. 

Sikap yg lebih sesuai adalah RENDAH HATI.. 

Rendah hati adalah sikap dimana kita mengakui kelebihan org lain dlm masa yg sama mengakui kelebihan diri.. 

Kita mengiktiraf diri mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri dan tidak menafikan kelebihan org lain..

Ini akan menolak perasaan riak dlm diri dan meningkatkan keyakinan terhadap potensi diri sendiri.. 

Kenapa perlu rasa RENDAH HATI?

Logiknya mudah.. Bagaimana nak menggunakan kelebihan diri jika kita tidak yakin dgn potensi yg kita ada??

Keyakinan diri akan meningkat bila kita yakin dgn kelebihan yg kita ada.. 


"Keyakinan adalah kunci kejayaan.."



Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

Wednesday, January 9, 2013

Artikel: Tips Pengucapan Awam Yang Baik

Assalamulaikum, 

Saya telah mendapat beberapa email meminta saya berkongsi tips-tips pengucapan awam yang baik.. 

Alhamdulillah, saban hari saya melihat ramai yang sudah sedar akan kepentingan kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai dengan baik.

Tiada tips yang istimewa yang saya amalkan, hanya amalan-amalan biasa yang saya rasa sesuai untuk saya dan saya harap serba sedikit dapat membantu anda menjadi speaker dan pembentang yang baik.

1. FAHAM - Fahami sedalam-dalamnya tajuk yang akan anda bentangkan. bukan sekadar membaca mengenainya tetapi anda perlu untuk melihat gambaran secara luas mengenainya. ketahui perkara yang berkaitan dengan tajuk anda walaupun anda tidak akan gunakan dalam pembentangan anda nanti. 

ingat " Your Level Of Understanding Identify Your Success"

MindFocus Di FACEBOOK

Sekarang Kami Di www.mindfocusmalaysia.co.nr

Free Domain Name .co.nr