FOLLOW MINDFOCUS ON FACEBOOK!!

ANNOUNCEMENT!!!

Showing posts with label leadership. Show all posts
Showing posts with label leadership. Show all posts

Monday, July 7, 2014

UNISEL LEADERSHIP SEMINAR

UNISEL adalah universiti yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Universiti milik kerajaan negeri Selangor yang terletak di Bestari Jaya dan kampusnya di Shah Alam banyak melahirkan graduan yang kini menggerakkan ekonomi negeri termaju di Malaysia.

MindFocus Training and Development Centre telah dijemput untuk memberikan seminar berkaitan kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin pelajar UNISEL kampus Shah Alam.

Jemputan oleh Penolong Pendaftar UNISEL kampus Shah Alam ini telah disempurnakan oleh Master Trainer Kapten Hasrul Taufek yang sangat berpengalaman dalam bidang kepimpinan dan pengendalian organisasi.

Dalam seminar ini, Master Trainer Kapten Hasrul berkongsi nilai-nilai yang perlu ada dalam sesebuah kepimpinan serta langkah-langkah untuk menjadi pemimpin yang hebat.

Menurut beliau, "Core Value" atau nilai teras dalam mana-mana kepimpinan adalah sama walau apa pun organisasi yang anda kendalikan,bezanya, bagaimana anda menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda mengasimilasikan nilai kepada organisasi anda"








Sunday, January 6, 2013

PEMBUKA TAHUN 2013 : PENGIKTIRAFAN DARI UiTM


Alhamdulillah.. ketika masih lagi didalam kemeriahan tahun baru 2013, MindFocus Resources dijemput untuk mengendalikan sesi latihan bertajuk "LEADERSHIP & TEAMWORK" kepada Majlis Sukan Pelajar (MSP) UiTM Cawangan Segamat yang bertempat di Kem Intergrasi Warisan Arca (KIWA) Sepang, Selangor.

Sesi yang dikendalikan adalah sebahagian dari Kursus Pengurusan Organisasi & Kepimpinan MSP 2013 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jawatankuasa MSP mengenai pengurusan program dan mengasah kemahiran kepimpinan para peserta. Program
anjuran Unit Sukan UiTM Cawangan Segamat ini disertai oleh 46 orang peserta yang terdiri daripada 22 lelaki dan 24 wanita.

MindFocus Di FACEBOOK

Sekarang Kami Di www.mindfocusmalaysia.co.nr

Free Domain Name .co.nr