FOLLOW MINDFOCUS ON FACEBOOK!!

ANNOUNCEMENT!!!

Thursday, November 14, 2013

Artikel: Gajet, Alasan, Sikap dan Diri Kita..




Hari ini kita tak boleh menafikan gajet itu adalah sebahagian dari kehidupan seharian kita..

Gajet-gajet elektronik seperti telefon pintar, tablet dan laptop kini bukan hanya ditangan orang dewasa malah ditangan anak-anak kecil juga..

Dikatakan juga kepentingan gajet-gajet ini juga tak boleh dipandang enteng kerana jika kita ketinggalan dalam dunia dimana maklumat dihujung jari maka kita takkan mampu bersaing..

Tapi soalnya, Benarkah dakwaan itu??

berapa ramai diantara kita yang menggunakan teknologi yang ada untuk kemajuan diri?? Atau ramai yang terlalu terkongkong dlm dunia sendiri hingga ketinggalan dari keperluan dunia sebenar??

Tahukah kita, tiada siapa yang mampu mengawal diri kita selain diri kita sendiri??

Bukankah tanpa gajet kita mampu juga memikirkan penyelesaian untuk tugasan yang diberikan??

Kita boleh memikirkan alternatif untuk memastikan tugasan dapat dilaksanakan..

Yang pentingnya adalah SIKAP kita terhadap sesuatu itu..

Gajet atau tanpa gajet adalah sekadar perkakasan yang kita tentukan dimanakah kegunaannya..

Kita boleh memilih untuk menggunakan gajet-gajet untuk membantu kita atau kita boleh memilih untuk membiarkan diri terleka dgn gajet yg kita miliki..

Dgn sikap yg sesuai kita mampu menggunakan apa saja untuk membantu kita menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah itu satu peluang kepada kita..
manakala tanpa sikap yg betul, kita sudah tentu tak akan berjaya menyelesaikan masalah yg mudah sekalipun..
Dan akhirnya kita akan memberi alasan dan menunding jari..

Seorang guru saya pernah berkata,

"jika kita memberi ALASAN, kita akan dpt ALASAN.. Tapi kalau kita memberikan TINDAKAN, kita akan dapat KEPUTUSAN"



Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

Thursday, November 7, 2013

Artikel: Maaf Tanda Lemah??



kita sering di omong-omongkan yang meminta maaf dilihat sebagai tanda kelemahan.. 

orang yang meminta maaf adalah orang yang lemah, justeru itu orang yg hebat dikatakan tidak perlu meminta maaf..

dalam drama bersiri NCIS, Agen Gibbs sering mengingatkan kepada anak buahnya supaya tidak meminta maaf kerana meminta maaf akan menunjukkan kelemahan mereka..

Benarkah begitu??

jika benar begitu, maknanya kita tak perlu meminta maaf jika kita bersalah?? 

pada saya itu hanyalah alasan mereka yang terlalu merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain.. 

dalam perhubungan manusia, komunikasi yang baik dan jelas adalah keutamaan kepada kejayaan.. 

emosi adalah salah satu kunci dalam memastikan komunikasi itu sentiasa pada keadaan yg baik..

jadi jika kita merasakan keperluan untuk meminta maaf demi memastikan kejayaan, tidak ada salahnya kita meminta maaf..

meminta maaf juga membina imej yang baik kepada orang disekeliling.. ini akan memberi tanggapan positif terhadap diri kita.. 

meminta maaf tidak akan menjadikan kita kelihatan lemah ataupun menjadi lemah. Seorang yang hebat adalah orang yang mampu buat perkara yg ramai tak mampu buat dan tak ramai yang mampu merendahkan ego diri dan meminta maaf.. 

pepatah melayu ada menyebut, 
"ular yg menyusur akar tak akan hilang bisanya"


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

MindFocus Di FACEBOOK

Sekarang Kami Di www.mindfocusmalaysia.co.nr

Free Domain Name .co.nr