FOLLOW MINDFOCUS ON FACEBOOK!!

ANNOUNCEMENT!!!

Thursday, November 7, 2013

Artikel: Maaf Tanda Lemah??



kita sering di omong-omongkan yang meminta maaf dilihat sebagai tanda kelemahan.. 

orang yang meminta maaf adalah orang yang lemah, justeru itu orang yg hebat dikatakan tidak perlu meminta maaf..

dalam drama bersiri NCIS, Agen Gibbs sering mengingatkan kepada anak buahnya supaya tidak meminta maaf kerana meminta maaf akan menunjukkan kelemahan mereka..

Benarkah begitu??

jika benar begitu, maknanya kita tak perlu meminta maaf jika kita bersalah?? 

pada saya itu hanyalah alasan mereka yang terlalu merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain.. 

dalam perhubungan manusia, komunikasi yang baik dan jelas adalah keutamaan kepada kejayaan.. 

emosi adalah salah satu kunci dalam memastikan komunikasi itu sentiasa pada keadaan yg baik..

jadi jika kita merasakan keperluan untuk meminta maaf demi memastikan kejayaan, tidak ada salahnya kita meminta maaf..

meminta maaf juga membina imej yang baik kepada orang disekeliling.. ini akan memberi tanggapan positif terhadap diri kita.. 

meminta maaf tidak akan menjadikan kita kelihatan lemah ataupun menjadi lemah. Seorang yang hebat adalah orang yang mampu buat perkara yg ramai tak mampu buat dan tak ramai yang mampu merendahkan ego diri dan meminta maaf.. 

pepatah melayu ada menyebut, 
"ular yg menyusur akar tak akan hilang bisanya"


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.

MindFocus Di FACEBOOK

Sekarang Kami Di www.mindfocusmalaysia.co.nr

Free Domain Name .co.nr