Hujung tahun sudah menjengah kita. Pengakhiran tahun bermaksud pengakhiran semester bagi kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi dan bermakna berakhirnya pengajian bagi sesetengah pelajar. maka bermulalah satu lagi episod dalam kehidupan seorang manusia iaitu fasa mencari pekerjaan..
Dianggarkan kira-kira 160 ribu orang akan menamatkan pengajian mereka setiap tahun bukan saja dari Aliran akademik malah kini saingan menjadi sengit dgn adanya mereka dari Aliran Kemahiran. itu belum dikira saingan dari mereka yang sudah ada pengalaman kerja dan mahu berubah angin ke syarikat lain. Para majikan kini mempunyai pilihan yang banyak dan peluang graduan2 muda ini semakin tipis.
lambakan graduan menganggur menjadi mimpi ngeri kepada mereka yg mencari kerja diluar sana. dan terciptalah pelbagai mitos tentang alam pekerjaan dan ramai yg mengambil jalan mudah menuding jari kepada kerajaan kononnya kekurangan peluang pekerjaan..
benarkah begitu?? adakah sektor pekerjaan sudah tepu dan tak mampu menampung lambakan pencari pekerjaan diluar sana???
saya sering ditanyakan soalan ini bila membentangkan tentang Program Transformasi Ekonomi yg merangkumi 12 bidang keberhasilan..
saya rasionalkan dgn mudah..
dalam 20 rakan kita yg mencari kerja, sudah pasti ada seorang yg sangat mudah mendapat pekerjaan.. tiap kali temuduga org ini akan berpeluang tinggi.. malah rakan kita yg seorang ni boleh bertukar dari satu syarikat ke satu syarikat yg lain kerana sering berjaya dlm temuduga.. kenapa??
jika benar peluang pekerjaan dlm negara kita sudah tepu.. kenapa saban hari kita mendapat email dari Jobstreet mengenai peluang-peluang pekerjaan yg sesuai dgn kelulusan kita??
Pada saya, semuanya bergantung kepada individu itu sndr..
untuk bersaing dgn ratus ribuan yang lain seseorang itu perlu menjadi lebih baik dan berusaha lebih gigih..
sesorang itu perlu menjadi entiti yang diperlukan dalam industri. anda perlu membuat persediaan dan pengorbanan.
Jadi saya berikan beberapa tips berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya:
1. Keterampilan Diri
keterampilan tak bermaksud perlu memakai pakaian yg mahal tapi lebih kepada memakai pakaian yg sesuai. seringkali saya lihat calon2 datang dgn pakaian tidak sesuai. calon lelaki akan datang berpakaian baju kotak2 lengan pendek dan bertali leher. melaburlah pada baju lengan panjang dan seluar slack yg sesuai. jgn nampak seperti baju yang dipinjam. bakal majikan mahu lihat keseriusan anda utk bekerja. tunjukkan itu kepada mereka.
2. Adaptasi Ilmu Ke Dlm Industri.
majikan ada satu persepsi terhadap graduan muda. mereka belajar untuk lulus peperiksaan.. jadi mereka akan jadi tertarik pada calon yang tahu menggunakan pengetahuan ada ke syarikat mereka. malah mereka akan berasa lebih mudah mengambil orang yg perlukan tunjuk ajar minimum.
3. Perwatakan Yang Menarik
perwatakan diri adalah elemen yg kritikal sekali.. majikan akan menilai adakah mereka boleh bekerja dgn calon di hadapan mereka ini. adakah perwatakannya akan membawa aura positif bila berinteraksi dgn sesama rakan sekerja. adakah calon ni mampu menerima tunjuk ajar dgn baik..adakah calon ini akan menyusahkan mereka dikemudian hari..
Sebagai mereka yang mahu mencari pekerjaan, perkara pertama yang perlu dilihat adalah diri sendiri dan membuat perubahan..
"Orang Yg Berjaya Sentiasa Berubah Mengikut Dunia..
Orang Yg Gagal Sentiasa Mahu Dunia Berubah Mengikut Mereka.."
**mungkin anda boleh dapatkan tips2 lain atau anda merasakan ada lagi perkara lain yg saya tak sentuh. jangan teragak2 untuk berkongsi..
Mohd Shukry Bin Roslan
Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources. Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004. Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia & Pelajar diseluruh negara.
http://www.mindfocusmalaysia.my/