FOLLOW MINDFOCUS ON FACEBOOK!!

ANNOUNCEMENT!!!

Monday, July 7, 2014

UNISEL LEADERSHIP SEMINAR

UNISEL adalah universiti yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Universiti milik kerajaan negeri Selangor yang terletak di Bestari Jaya dan kampusnya di Shah Alam banyak melahirkan graduan yang kini menggerakkan ekonomi negeri termaju di Malaysia.

MindFocus Training and Development Centre telah dijemput untuk memberikan seminar berkaitan kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin pelajar UNISEL kampus Shah Alam.

Jemputan oleh Penolong Pendaftar UNISEL kampus Shah Alam ini telah disempurnakan oleh Master Trainer Kapten Hasrul Taufek yang sangat berpengalaman dalam bidang kepimpinan dan pengendalian organisasi.

Dalam seminar ini, Master Trainer Kapten Hasrul berkongsi nilai-nilai yang perlu ada dalam sesebuah kepimpinan serta langkah-langkah untuk menjadi pemimpin yang hebat.

Menurut beliau, "Core Value" atau nilai teras dalam mana-mana kepimpinan adalah sama walau apa pun organisasi yang anda kendalikan,bezanya, bagaimana anda menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda mengasimilasikan nilai kepada organisasi anda"








Friday, July 4, 2014

GLORY TARGET STRATEGY (GST)

MINDFOCUS TRAINING sekali lagi tanpa henti mendapat kepercayaan untuk mengendalikan program latihan untuk organisasi korporat dan pemasaran.

kali ini pada 21 jun 2014, atas jemputan khusus dari CEO Glory Intertrade Resources, Master Trainer Kapten Hasrul diberi kepercayaan mengendalikan GLORY TARGET STRATEGY ataupun GST kepada usahawan-usahawan online dibawah payung mereka.

intipati program ini adalah memberi motivasi serta membuka minda usahawan-usahawan online mereka bagi meningkatkan jualan.

program ini juga disertai oleh usahawan-usahawan Glory Intertrade yang telah mencapai Top Income dan usahawan-usahawan telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi..











Thursday, July 3, 2014

MindFocus Online Marketing Class

Atas permintaan yang tinggi untuk program latihan ini, MindFocus sekali lagi mengadakan MINDFOCUS ONLINE MARKETING CLASS khusus untuk usahawan-usahawan atas talian (online).

kali ini peserta didedahkan dengan teknik-teknik terkini online marketing yang mampu meningkatkan pendapatan mereka. 

Julung-julung kalinya, "MindFocus Online Sale Techniques" telah memasukkan teknik pemasaran melalui telefon pintar dalam modul latihan kami.

kali ini juga secara ekslusif, Master Trainer Kapten Hasrul Taufek telah mengajar "9 Strategi Confirm 5 Figure" kepada usahawan-usahawan online yang hadir.

teknik dan strategi yang mudah digunakan oleh semua peringkat umur telah membuatkan peserta berasa selesa dan yakin untuk menggunakannya dalam strategi perniagaan online mereka.










Wednesday, July 2, 2014

The Perfect Communication Course

MindFocus telah mengorak langkah lebih jauh bulan Jun ini dengan jemputan untuk badan korporat dan keusahawanan.

The Perfect Communication Course telah di jalankan pada 8 jun 2014 disertai oleh kakitangan Mebius @ Megastar Consultant.

Program bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran komunikasi diantara kakitangan dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dengan pelanggan.

The Perfect Communication Course selama 4 jam di kendalikan oleh Master Trainer Kapten Hasrul Taufek dan mengunakan medium Smart Lecture(TM) dan Roleplay & Mockup..

peserta yang hadir rata-ratanya sangat berpuas hati dengan program yang djalankan dan melihat latihan yang dilaksanakan adalah sangat praktikal..











MindFocus Di FACEBOOK

Sekarang Kami Di www.mindfocusmalaysia.co.nr

Free Domain Name .co.nr